PERISTIWA SEJARAH 13 MEI 1969 :
13 Mei 1969,
telah berlakunya satu sejarah titik hitam berdarah di tanah air. Peristiwa
rusuhan kaum yang berlaku selepas pilihan raya memberi impak yang besar pada
masyarakat di Negara. Tragedi ini bermula apabila parti pembangkang yang
terdiri daripada Parti Tindakan Raya (DAP) dan gerakan mencatatkan kemenangan
yang besar dan memberangsangkan. Meskipun Parti Perikatan masih mengekalkan
kemenangan, namun kemenangan yang dicatatkan kali ini merosot berbanding
sebelumnya. Peristiwa ini menjadi hangat selepas kempen pilihan raya
terutamanya ketika mereka membangkitkan isu-isu perkauman dan peribadi
individu-individu tertentu. Walau apapun sebabnya, rusuhan kaum ini merupakan
satu krisis perkauman yang besar dan melibatkan tiga kaum terbesar iaitu
Melayu, India dan Cina. Tambahan lagi, peristiwa ini telah melibatkan angka
korban yang besar iaitu sebanyak 196 kematian dan sebanyak 149 kecederaan.
Tunku Abdul Rahman menyalahkan parti komunis dan anasir-anasir kongsi gelap
sebagai punca utama peristiwa ini berlaku. Menurut Tun Dr. Ismail pula,
demokrasi telah mati di tanah air pada ketika itu. Demokrasi telah mati di
tangan parti pembangkang kerana semua punca meletusnya keganasan dan kacau bilau
ini.
Gambar 1 : Menunjukkan perarakan DAP sewaktu Tragedi 13 Mei 1969
Sudah menjadi tanggugjawab polis bagi memulihkan keadaan dan mengwujudkan kestabilan
awam. Tambahan lagi, polis berjaya menjalankan peranannya dengan berhasil bukan
sahaja kerana kemampuan dan kebolehan serta kecekapan yang dilakukan oleh
anggota-anggotanya, malah sikap adil dan saksama serta tidak berat sebelah.
Bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang bersifat perkauman yang boleh
mencetuskan pengeseran antara kaum, PDRM kini bertindak berhati-hati. Pertama,
sesuatu isu itu harus diselesaikan secara rundingan dan nasihat. Kedua PDRM
terpaksa menggunakan undang-undang untuk memastikan bahawa sesuatu isu itu
tidak boleh merebak atau dieksploitasikan untuk mencetuskan krisis bercorak
perkauman.
2) FAKTOR-FAKTOR 13 MEI 1969 :
- Perasaan tidak puas hati terhadap hak keistimewaan yang diberikan kepada orang melayu.
- Dasar pecah dan perintah British semasa Zaman Penjajahan British telah memecahkan perpaduan kaum antara kaum terutama yang mendiami Tanah Melayu.
- Kegagalan pihak tentera diberitahu mengenai kekacauan ini juga menyumbang kepada kegagalan sistem keselamatan negara dan menyebabakan pertumpahan darah selama empat hari bermula 13 Mei 1969 hinggalah Darurat yang diisytiharkan pada 16 Mei 1969.
3) KESAN 13 MEI 1969 :
Gambar 2 : Menunjukkan rusuhan yang berlaku ketika 13 Mei 1969
- Peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969, banyak memberikan kesan positif dan juga negatif kepada setiap rakyat Malaysia.
- Antara kesannya ialah pada tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan dua pertiga semula kepada kerajaan yang memerintah.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.
- Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
- Persempadanan semula pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan.
- Sistem demokrasi, pilihanraya dan agihan ekonomi mendapat tafsiran semula.
4) PENGAJARAN 13 MEI 1969 :
l
Atas kebijaksanaan pemimpin dalam mengalas
tanggungjawab dan semangat setia kawan rakyat, tragedi itu dapat ditangani dan
negara kembali pulih seperti sediakala.
l
Pentingnya memperkukuhkan
perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan
keselamatan Malaysia yang kini didiami oleh rakyat berbilang kaum ini.
l
Peristiwa 13 Mei 1969
sebenarnya adalah satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara kita kerana
sebaik sahaja peristiwa tersebut berlaku semua pihak mulai sedar dan saling
bekerjasama untuk membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita
saksikan pada hari ini.
l
Apa yang perlu dilakukan
oleh rakyat Malaysia ialah terus mendukung aspirasi nasional tanpa mengira fahaman
politik dan saling membantu antara satu sama lain ke arah Malaysia yang
lebih adil.
l Dasar-dasar
yang dirangka oleh kerajaan pula haruslah disokong agar ia berjaya mencapai
matlamatnya.
l Perpaduan
yang disangkakan kukuh hasil muafakat antara tiga kaum terbesar iaitu orang
Melayu, Cina dan India semasa menggubal perlembagaan negara jelas bersifat
sementara.
l Peristiwa ini
telah menyedarkan dan memaksa pemimpin-pemimpin negara meneliti isu perpaduan
dengan lebih serius.
l Hasil penelitian, tindakan jangka pendek dan
jangka panjang perlu diambil untuk memulihkan dengan segera keamanan dan
memupuk kembali bibit-bibit perpaduan yang telah goyah.
5) KESIMPULAN
PERISTIWA 13 Mei 1969 sememangnya banyak memberi impak negatif yang paling
ketara di Negara kita. Terutamanya dalam isu perkauman sememangnya sehingg kini
masih lagi belum pudar dalam ingatan semua rakyat Malaysia. Tetapi disebalik
peristiwa yang berlaku ini, kita dapat melihat sisi positif kesan daripada
peristiwa ini. Keharmonian, perpaduan serta kehidupan yang aman dan damai dapat
diwujudkan di Negara ini. Sikap bertoleransi antara kaum juga kian diterapkan
dalam masyarakat hingga kini. Lihat saja ketika sambutan perayaan antara kaum,
sikap saling menziarahi masih wujud sehingga pada hari ini. Gagasan 1Malaysia
yang diasaskan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak amat bermakna untuk
menyatupadukan rakyat dan mengeratkan silaturrahim.
6) RUJUKAN
- · PENGAJIAN MALAYSIA
- · RENCANA: 13 MEI BAWA MESEJ PERPADUAN, UTUSAN MALAYSIA, 13 MEI 2011 OLEH NIZAM YATIM.
- · http://jaudahspmtips.blogspot.com/2014/10/faktor-dan-kesam-peristiwa-13-mei.html
- · http://ejournal.ukm.my/akademika/article/download/3720/2151
- · http://ipgksm.edu.my/jabatan/jks/blogjks/wp-content/uploads/2013/04/1PERISTIWA-13-MEI-19691.doc
- RAMLAH ADAM, 'BIOGRAFI POLITIK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA'. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, 2004.




