Thursday, 5 February 2015

3.0 : KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

1. PENGENALAN :

PERISTIWA SEJARAH 13 MEI 1969 :




13 Mei 1969, telah berlakunya satu sejarah titik hitam berdarah di tanah air. Peristiwa rusuhan kaum yang berlaku selepas pilihan raya memberi impak yang besar pada masyarakat di Negara. Tragedi ini bermula apabila parti pembangkang yang terdiri daripada Parti Tindakan Raya (DAP) dan gerakan mencatatkan kemenangan yang besar dan memberangsangkan. Meskipun Parti Perikatan masih mengekalkan kemenangan, namun kemenangan yang dicatatkan kali ini merosot berbanding sebelumnya. Peristiwa ini menjadi hangat selepas kempen pilihan raya terutamanya ketika mereka membangkitkan isu-isu perkauman dan peribadi individu-individu tertentu. Walau apapun sebabnya, rusuhan kaum ini merupakan satu krisis perkauman yang besar dan melibatkan tiga kaum terbesar iaitu Melayu, India dan Cina. Tambahan lagi, peristiwa ini telah melibatkan angka korban yang besar iaitu sebanyak 196 kematian dan sebanyak 149 kecederaan. Tunku Abdul Rahman menyalahkan parti komunis dan anasir-anasir kongsi gelap sebagai punca utama peristiwa ini berlaku. Menurut Tun Dr. Ismail pula, demokrasi telah mati di tanah air pada ketika itu. Demokrasi telah mati di tangan parti pembangkang kerana semua punca meletusnya keganasan dan kacau bilau ini.


Gambar 1 : Menunjukkan perarakan DAP sewaktu Tragedi 13 Mei 1969

Sudah menjadi tanggugjawab polis bagi memulihkan keadaan dan mengwujudkan kestabilan awam. Tambahan lagi, polis berjaya menjalankan peranannya dengan berhasil bukan sahaja kerana kemampuan dan kebolehan serta kecekapan yang dilakukan oleh anggota-anggotanya, malah sikap adil dan saksama serta tidak berat sebelah. Bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang bersifat perkauman yang boleh mencetuskan pengeseran antara kaum, PDRM kini bertindak berhati-hati. Pertama, sesuatu isu itu harus diselesaikan secara rundingan dan nasihat. Kedua PDRM terpaksa menggunakan undang-undang untuk memastikan bahawa sesuatu isu itu tidak boleh merebak atau dieksploitasikan untuk mencetuskan krisis bercorak perkauman.



2) FAKTOR-FAKTOR 13 MEI 1969 :


  • Perasaan tidak puas hati terhadap hak keistimewaan yang diberikan kepada orang melayu.
  • Dasar pecah dan perintah British semasa Zaman Penjajahan British telah memecahkan perpaduan kaum antara kaum terutama yang mendiami Tanah Melayu.
  •  Kegagalan pihak tentera diberitahu mengenai kekacauan ini juga menyumbang kepada kegagalan sistem keselamatan negara dan menyebabakan pertumpahan darah selama empat hari bermula 13 Mei  1969 hinggalah Darurat yang diisytiharkan pada 16 Mei 1969.

3) KESAN 13 MEI 1969 :

Gambar 2 : Menunjukkan rusuhan yang berlaku ketika 13 Mei 1969
  • Peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969, banyak memberikan kesan positif dan juga negatif kepada setiap rakyat Malaysia.
  • Antara kesannya ialah pada tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan dua pertiga semula kepada kerajaan yang memerintah.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.
  • Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
  • Persempadanan semula pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan.
  • Sistem demokrasi, pilihanraya dan agihan  ekonomi mendapat tafsiran semula.

4) PENGAJARAN 13 MEI 1969 :





l  13 Mei 1969 adalah satu tarikh buruk kepada rakyat Malaysia seperti peristiwa tragis yang terburuk  dan hampir-hampir memusnahkan Negara.
l   Atas kebijaksanaan pemimpin dalam mengalas tanggungjawab dan semangat setia kawan rakyat, tragedi itu dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala.
l  Pentingnya memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang kini didiami oleh rakyat berbilang kaum ini.
l  Peristiwa 13 Mei 1969 sebenarnya adalah satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara kita kerana sebaik sahaja peristiwa tersebut berlaku semua pihak mulai sedar dan saling bekerjasama untuk membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita saksikan pada hari ini.
l  Apa yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia ialah terus mendukung aspirasi nasional tanpa mengira fahaman politik dan saling membantu antara satu sama lain ke arah Malaysia yang lebih adil.
l  Dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan pula haruslah disokong agar ia berjaya mencapai matlamatnya.
l  Perpaduan yang disangkakan kukuh hasil muafakat antara tiga kaum terbesar iaitu orang Melayu, Cina dan India semasa menggubal perlembagaan negara jelas bersifat sementara.
l  Peristiwa ini telah menyedarkan dan memaksa pemimpin-pemimpin negara meneliti isu perpaduan dengan lebih serius.
l   Hasil penelitian, tindakan jangka pendek dan jangka panjang perlu diambil untuk memulihkan dengan segera keamanan dan memupuk kembali bibit-bibit perpaduan yang telah goyah.


5) KESIMPULAN 


PERISTIWA 13 Mei 1969 sememangnya banyak memberi impak negatif yang paling ketara di Negara kita. Terutamanya dalam isu perkauman sememangnya sehingg kini masih lagi belum pudar dalam ingatan semua rakyat Malaysia. Tetapi disebalik peristiwa yang berlaku ini, kita dapat melihat sisi positif kesan daripada peristiwa ini. Keharmonian, perpaduan serta kehidupan yang aman dan damai dapat diwujudkan di Negara ini. Sikap bertoleransi antara kaum juga kian diterapkan dalam masyarakat hingga kini. Lihat saja ketika sambutan perayaan antara kaum, sikap saling menziarahi masih wujud sehingga pada hari ini. Gagasan 1Malaysia yang diasaskan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak amat bermakna untuk menyatupadukan rakyat dan mengeratkan silaturrahim.

6) RUJUKAN


No comments:

Post a Comment